awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota AADK cedera dibaling kayu semasa operasi

Salim Aziz
Salim Aziz
16/07/2020
02:15 MYT
Anggota AADK cedera dibaling kayu semasa operasi
Penagih bertindak agresif serta cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditangkap kemudiannya oleh AADK. - Foto AADK
Seorang anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cedera dibaling kayu oleh seorang penagih dadah ketika Operasi Cegah Dadah di Kampung Rusa, di sini, pada Rabu.
Operasi yang diketuai Mohd Fitri Amin Zainol itu menggempur 14 kawasan dalam daerah Kuala Muda.
Seramai 11 individu berjaya, enam daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine sementara selebihnya positif morphine.
Menurut Ketua Pegawai AADK Kuala Muda Arnida Ishak, sewaktu serbuan di sebuah rumah seorang anggota mengalami kecederaan luka di tangan akibat dibaling kayu oleh penagih.
Penagih yang berumur 36 tahun itu bertindak agresif serta cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditangkap oleh anggota operasi kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Hasil ujian saringan awal air kencing lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis methaphetamine dan morphine.
Sebelas yang ditahan berumur 16 hingga 37 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
Topic Berkaitan
#AADK
#cedera
#Dadah
#Kedah
#operasi
#Sungai Petani
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan