SEREMBAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang meninggal dunia pada Isnin selepas rebah dan disahkan koma sejak 9 Mac lalu ketika menjalani latihan di Port Dickson.
Allahyarham Muhammad Afiq Ammar, 25, yang dipercayai terkena strok haba pada mulanya dimasukkan ke Hospital Port Dickson namun dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini selepas kesihatannya semakin merosot.
Pengarah APM Negeri Sembilan, YS Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, ketika kejadian Allahyarham sedang mengikuti latihan sebagai calon pemilihan anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) di Port Dickson.
"Ketika itu dia sedang mengikuti latihan berlari sejauh tujuh kilometer sebelum tiba-tiba rebah.
"Selepas itu arwah terus dimasukkan ke Hospital Port Dickson, namun telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar baru-baru ini selepas kesihatannya semakin merosot," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada semalam selepas 44 hari menjalani rawatan.
Ujarnya, jenazah Allahyarham telah dibawa ke kampung halamannya di Pulau Pinang malam Isnin.
"Saya boleh katakan asalnya kes ini disebabkan strok haba dan ketika pemilihan dibuat keadaan cuaca agak panas.
"Tapi di peringkat kita memang ada sediakan stesen-stesen air untuk peserta minum sejukkan badan, " katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 23 2024
Jenazah Allahyarham Muhammad Afiq Ammar dikebumikan di Kampung halamannya di Pulau Pinang. - Foto APM
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas
Kejadian yang berlaku sekitar pada jam 7.30 malam turut menyebabkan kenderaan terkandas.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
APM lancar Op Prihatin sempena Aidilfitri di Kedah, Terengganu bantu pengguna jalan raya
Ia bagi membantu pengguna jalan raya yang terlibat dengan sebarang masalah akibat kesesakan trafik ekoran peningkatan bilangan kenderaan.
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.
Status permohonan perjawatan tetap APM diumum dalam masa terdekat - Ahmad Zahid
Status permohonan bagi perjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.