awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak

Bernama
Bernama
07/04/2024
15:15 MYT
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin sempena Tempoh Peralihan Monsun dan Hari Raya Aidilfitri. - Foto BERNAMA
IPOH: Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin sempena Tempoh Peralihan Monsun dan Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata operasi itu menyediakan perkhidmatan kecemasan dan bantuan awal kepada orang awam yang ditimpa bencana atau terlibat kemalangan ketika menyambut perayaan.
"Pelaksanaan Op Prihatin ini bermula dari 5 hingga 14 April dengan melibatkan aset seperti ambulans, kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.
"Rondaan dilakukan di jalan persekutuan dan jalan negeri bagi membantu kejadian kemalangan dan kecemasan seperti tayar pancit atau pokok tumbang selain melancarkan lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Prihatin APM Perak 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut melakukan rondaan secara kerap di 44 kawasan hotspot banjir sepanjang musim perayaan.
Menurut Ismail antara risiko yang dikenal pasti ketika ini adalah kebakaran akibat cuaca panas dan pasukan Op Prihatin yang membuat rondaan juga akan memantau serta segera melaporkan kepada pihak bomba sekiranya mendapati berlakunya sebarang kejadian terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#Op Prihatin
#Hari Raya Aidilfitri
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan