awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/06/2019
04:10 MYT
Anggota APMM disyaki terima suapan bulanan daripada nelayan direman
Kedua-dua suspek didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai secara bulanan bernilai antara RM200 sehingga RM2,000 daripada nelayan dan pemilik bot. -Gambar hiasan
Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berhubung kesalahan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di Kuala Kedah sejak dua tahun lalu.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Noor Lyana Ab Rahim membenarkan permohonan SPRM bagi kedua-dua suspek itu ditahan hingga 30 Jun ini bermula hari ini.
Kedua-dua suspek yang berpangkat Bintara Muda Maritim berusia 44 tahun itu ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan wang tunai secara bulanan bernilai antara RM200 sehingga RM2,000 daripada pemilik bot nelayan di Kuala Kedah sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan atas kesalahan menceroboh kawasan penangkapan ikan di kawasan itu bermula 2017.
Suspek ditahan petang Ahad (semalam) di Pejabat SPRM Kota Setar pada jam 5.30 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Bintara Muda Maritim
#nelayan di Kuala Kedah
#Noor Lyana Ab Rahim
#penangkapan ikan
#Shaharom Nizam Abd Manap
#SPRM
#suapan bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan