awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba cedera konkrit jatuh ketika padam kebakaran

Bernama
Bernama
05/01/2022
13:08 MYT
Anggota bomba cedera konkrit jatuh ketika padam kebakaran
Anggota berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut. - Gambar/ JBPM Selangor
SHAH ALAM: Seorang pegawai bomba cedera selepas simen konkrit beam anggaran sebesar dua ketul bata jatuh di atas helmetnya ketika terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di tingkat bawah sebuah kilang di Seksyen 22 di sini petang tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata kejadian yang berlaku jam 4.45 petang itu menyebabkan pegawainya, Yunuslie Julius, 28, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam merasa sakit di bahagian tengkuk.
"Komander Operasi memohon bantuan pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi dan dipakaikan C-Collar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut dan masih dalam keadaan sedar.
Mengenai kebakaran di kilang tiga tingkat yang menghasilkan produk pemetik api itu, katanya kebakaran melibatkan 70 peratus keseluruhan bangunan tersebut namun tidak melibatkan sebarang mangsa dan proses pemadaman api sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota bomba cedera
#dihempap batu
#konkrit
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan