awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota JBPM alami dehidrasi pada hari pertama operasi memadam kebakaran

Bernama
Bernama
02/04/2025
22:30 MYT
Anggota JBPM alami dehidrasi pada hari pertama operasi memadam kebakaran
Anggota yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat KLIA itu kembali pulih dan stabil selepas menerima rawatan selama 20 minit. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami dehidrasi ketika terlibat pada hari pertama operasi memadam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor Khairul Azuwan Ibrahim berkata faktor seperti bahang kebakaran dengan suhu tinggi, melibatkan kawasan yang sangat luas serta jumlah mangsa yang ramai perlu dipindahkan antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota JBPM.
"Suhu lokasi pemeriksaan sangat tinggi kerana terlalu hampir dengan kawasan api yang menyebabkan anggota berkenaan mengalami dehidrasi dan tahap oksigen dalam badan menurun ketika melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pemadaman," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Bagaimanapun, beliau berkata anggota yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu kembali pulih dan stabil selepas menerima rawatan selama 20 minit serta boleh menyambung semula tugas pemadaman api sehingga berjaya dikawal.
Difahamkan, pada awal kejadian pagi Selasa, api kebakaran menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara, manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#KLIA
#tahap oksigen
#api kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan