awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota, pegawai polis diingatkan tidak bocorkan maklumat orang awam - Ketua Polis Johor

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
10/08/2020
09:08 MYT
Anggota, pegawai polis diingatkan tidak bocorkan maklumat orang awam - Ketua Polis Johor
AYOB KHAN: Anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam.
Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.
“Kalaulah ada kebocoran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam membocorkan rahsia.
“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota polis saya tangkap dan ada anggota polis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyeludupan syabu... jadi tindakan saya dah ambil.
“Saya nak bagi amaran pada semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol bocorkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.
READ: Police deny not taking action against gambling premises in Sungai Buloh
Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang melanggar integriti kepolisian.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Seramai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.
Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.
BACA: Polis tahan tiga anggota trafik disyaki terlibat pemerasan
BACA: "Saya tidak gentar dengan ancaman" - Ayob Khan
VIDEO: Penguat kuasa khianat dikenal pasti
VIDEO: Seludup migran: Tiga pegawai Imigresen, polis Marin ditahan
Topic Berkaitan
#anggota polis
#kontinjen johor
#PDRM
#maklumat
#orang awam
#ayob khan mydin pitchay
#integriti
#polis
#tatatertib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan