PASIR PUTEH: Jumlah anggota polis untuk melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di seluruh Kelantan mencukupi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain itu 160 anggota polis turut bertugas melaksanakan PKPD di tujuh pusat pengajian serta pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC)

"Apa yang saya tambah hari ini pasukan pemantau di lorong tikus SJR sedia ada kita kekal cuma pasukan ini.

"Kita tambah dua pasukan di Paser Puteh, kita ada dua pasukan tetapi tidak statik. Polis, RELA digembleng untuk kawal tempat ini," katanya.

Seramai 500 orang anggota polis turut ditugaskan mengawasi SJR termasuk empat darinya di pintu sempadan Kelantan.

Pihaknya mendapat sokongan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan tentera.

Dalam pada itu, terdapat beberapa laluan tikus untuk rentas negeri dikenal pasti.

Pihaknya menggunakan unit khas untuk melakukan rondaan di laluan tikus secara berkala bagi mengekang aktiviti rentas negeri tanpa surat kebenaran.

Sehingga hari ini, 71 kompaun telah dikeluarkan ke atas individu yang melanggar standard prosedur operasi (SOP) COVID-19.