awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam

Bernama
Bernama
20/04/2017
14:15 MYT
Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam
Anggota polis itu mengekori suspek dan berlaku pergelutan menyebabkan paha anggota polis itu cedera selepas ditikam oleh suspek menggunakan senjata tajam. - Gambar hiasan
Seorang anggota polis cedera di paha selepas ditikam seorang lelaki selepas ditegur kerana menghisap rokok di stesen minyak di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 9 pagi itu, Koperal Mohamad Azli Hashim, 32, dari unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor singgah di stesen minyak itu selepas menghantar seorang pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam (HSA).
"Kejadian berlaku di stesen minyak itu, apabila mangsa menegur seorang lelaki berumur 30-an agar tidak menghisap rokok ketika berada di stesen minyak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Bagaimanapun, menurutnya, teguran itu tidak diendahkan lelaki itu yang kemudiannya beredar menuju ke arah motosikalnya.
"Anggota polis itu kemudian mengekori suspek dan berlaku pergelutan menyebabkan paha anggota polis itu cedera selepas ditikam oleh suspek menggunakan senjata tajam," katanya..
Shafien berkata suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal Yamaha LC 135 dengan nombor pendaftaran BLY 1691.
Katanya orang awam kemudian membantu menghantar anggota polis itu ke HSA dan mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Gerakan memburu suspek kini giat dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu polis berhubung kes berkenaan," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Shafien Mamat
#Koperal Mohamad Azli Hashim
#polis
#senjata tajam
#shah alam
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan