KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat Konstabel cedera di paha kiri selepas terkena tembakan dari pistol miliknya malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mengesahkan kejadian berkata insiden dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam tadi di Balai Polis Meranti, Pasir Mas.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan tertembak paha kirinya ketika mengosongkan peluru senjata miliknya sebelum diserahkan ke bahagian simpanan senjata.
"Selepas tamat tugas, anggota berkenaan melakukan pemeriksaan dan pengosongan peluru senjata.
"Namun secara tiba tiba, terdengar letupan dan rakannya menyedari paha mangsa berdarah," kata Shafien kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pagi tadi.
Mangsa yang mengalami kecederaan itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Menurut Shafien, siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati peniaga jalanan di Kelantan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan di lampu isyarat kerana ia satu kesalahan.
"Pihak kami mendapat aduan orang ramai yang mengadu tentang aktiviti berkenaan kerana mengganggu lalu lintas serta membahayakan nyawa peniaga itu sendiri," katanya.
Katanya lagi, pihak polis mengambil pendekatan berjumpa dengan peniaga dan memberi nasihat serta tempoh sebulan untuk mereka beralih dari berniaga di jalanan dan di persimpangan lampu isyarat.
Katanya, tindakan berniaga di jalanan menjadi satu kesalahan peraturan lalu lintas yang boleh dikenakan saman sehingga RM2,000.
Pihak polis, katanya, memahami kekangan yang dihadapi peniaga pada waktu ini, namun soal keselamatan dan nyawa tidak boleh diambil mudah kerana ia mengundang bahaya.
Vivi Sumanti
Thu Mar 25 2021

Shafien (gambar) berkata insiden berlaku apabila mangsa tertembak paha kirinya ketika mengosongkan peluru senjata miliknya sebelum diserahkan ke bahagian simpanan senjata. -Gambar fail

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Menjelang Syawal: Trafik di Kelantan mulai sesak
250 anggota polis akan ditugaskan sepanjang masa bagi mengawal lalu lintas di jalan utama.

Unit berkuda PDRM mulakan tugas di sempadan Kelantan hari ini
Polis Kelantan menggerakkan unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan bagi meningkatkan kawalan sempadan negara bermula hari ini.

Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.

Polis rampas pistol, peluru selepas tahan penjenayah yang diburu 19 tahun lepas
Siasatan mendapati bahawa penarik kereta berumur 38 tahun yang ditahan pada pukul 9.30 pagi itu merupakan penjenayah yang diburu polis sejak 2003.

Semak maklumat berkaitan banjir sebelum teruskan perjalanan - Polis
Polis Kelantan mengingatkan semua perantau dan rakyat di negeri itu supaya membuat semakan maklumat berkaitan banjir, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Wanita itu ditahan polis di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok.

Jururawat rugi lebih RM170,000 ditipu polis palsu
Mangsa sebelum itu dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis dan memberitahu identiti mangsa disalahgunakan oleh pihak tidak dikenali.

Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis
Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.

Kematian OKT di HRPZ II diklasifikasikan sebagai SDR - Shafien
Kematian seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Selasa lepas diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Lebih 32,000 kenderaan masuk Kelantan sejak Khamis hingga Sabtu - Shafien
Jumlah kemasukan itu melibatkan laluan di pintu masuk utama Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.