awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis dihanyut arus deras di Sepang ditemukan lemas

Bernama
Bernama
30/11/2025
04:00 MYT
Anggota polis dihanyut arus deras di Sepang ditemukan lemas
Mangsa ditemui pada 7.30 pagi oleh anggota polis dan bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
SEPANG: Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini.

Ringkasan AI
  • Anggota polis yang hilang dihanyutkan arus deras di Klinik Desa Giching ditemui lemas pagi ini selepas operasi SAR.
  • Mangsa yang ditemui kira-kira 50 meter dari kenderaan diketahui merupakan anggota IPD Nilai.
  • Individu tersebut difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya sebelum kejadian lemas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa ditemui pada 7.30 pagi oleh anggota polis dan bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) .
"Polis dan JBPM yang berada di lokasi berjaya menemui mangsa pada jarak kira-kira 50 meter dari kenderaan," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman mengesahkan individu yang hilang selepas dihanyutkan arus deras itu merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berkhidmat di IPD Nilai difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di sini.
Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan banjir berhampiran Klinik Desa Giching, pada kira-kira 11 malam Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#anggota polis hilang
#angota polis lemas
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan