awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis ditemui mati tertiarap di dalam longkang

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2015
09:44 MYT
Anggota polis ditemui mati tertiarap di dalam longkang
Mangsa ditemui anggota URB daerah Kulim yang pada ketika itu sedang membuat rondaan cegah jenayah. - Astro AWANI
Hasrat seorang pegawai polis untuk pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas berakhir tragedi apabila mangsa ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di Taman Selasih Fasa Dua Dekat Kulim, Kedah kira-kira jam 3 pagi tadi.
Mangsa, Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech, ASP Chua Poh Teik, 58, ditemui anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim yang pada ketika itu sedang membuat rondaan cegah jenayah.
Pada mulanya anggota unit ini ternampak sebuah motosikal di tepi longkang di kawasan taman perumahan itu.
Curiga dengan keadaan itu, mereka berhenti dan membuat pemeriksaan sebelum ternampak mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam longkang sedalam dua meter.
Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad mangsa telah berkhidmat selama 34 tahun dalam PDRM dan bertugas di Kulim sejak lima tahun lalu.
Mangsa sebelum ini pernah bertugas di Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Mangsa juga bergiat aktif dalam sukan dan menjadi jurulatih kepada pasukan ragbi PDRM.
Menurutnya dari pemeriksaan awal dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki kanan.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Katanya polis akan menyiasat punca sebenar kejadian selain mendapatkan laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa.
Topic Berkaitan
#Chua Poh Teik
#Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech
#maut
#URB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan