NATIONAL
Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters

Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA di sini, semalam.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA, dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.
- Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya, tanpa kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan.
- Mangsa menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.
"Pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana mangsa gagal menjawab telefon. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata adik mangsa memaklumkan abangnya menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar pada dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami