awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis Malaysia cuba seludup tenggiling ditahan di Songkla

Bernama
Bernama
28/02/2019
20:49 MYT
Anggota polis Malaysia cuba seludup tenggiling ditahan di Songkla
Cubaan seorang anggota polis Malaysia menyeludup 47 ekor tenggiling seberat 228kg bernilai lebih 1 juta baht gagal apabila ditahan pihak berkuasa Thailand di Kompleks CIQ Sado, di Songkla, awal pagi Khamis. --fotoBERNAMA
Cubaan seorang anggota polis Malaysia menyeludup 47 ekor tenggiling seberat 228 kilogram bernilai lebih 1 juta baht (kira-kira RM128,000) gagal apabila ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, di sini, awal pagi Khamis.
Ketua Kastam Sadao, Siripong Wuttinam berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika sedang memandu seorang diri untuk melalui pusat pemeriksaan tersebut untuk masuk ke negara itu.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta dipandu oleh lelaki itu menemui sejumlah guni mengandungi tenggiling masih hidup disorok di but kereta tersebut.
Ketika ditahan, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen dan mengakui membawa tenggiling yang diperoleh dari individu di Alor Setar untuk dijual di pekan Sadao sebelum dieksport ke China, katanya.
Beliau berkata lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Nathavi, wilayah Songkla, pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#but kereta
#China
#CIQ Sadao
#dokumen
#eksport
#Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin
#mahkamah
#pihak berkuasa thailand
#polis Malaysia
#seludup
#Siripong Wuttinam
#Songkla
#tenggiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan