Skip to main content

Malaysia

Anggota polis maut kemalangan di Jalan Cheras

KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa (tengah) ketika bertemu pengamal media selepas menyertai Op Samseng Jalanan di Jalan Ampang, awal pagi tadi.  Polis mengeluarkan 378 saman trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi yang dijalankan bermula 2.45 pagi.  Sebanyak 90 buah motosikal disita kerana kesalahan ubah suai kenderaan dan hasil pemeriksaan mendapati majoriti penunggang yang melakukan kesalahan terdiri daripada golon
Menurut Mohd Zamzuri, siasatan awal mendapati mangsa yang bertugas di Urus Setia KPN Bukit Aman dipercayai mencelah di antara dua lorong ketika aliran trafik sesak sebelum sebuah kenderaan di hadapannya membrek secara mengejut. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Cheras, dari arah Taman Midah menghala ke Taman Connaught, di sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dalam kejadian pada 1.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

Advertisement

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bertugas di Urus Setia KPN Bukit Aman dipercayai mencelah di antara dua lorong ketika aliran trafik sesak sebelum sebuah kenderaan di hadapannya membrek secara mengejut.

"Kejadian menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan termasuk ke bawah sebuah lori jenis Sinotruk Howo yang sedang bergerak di lorong kiri.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Zamzuri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.06 petang.

Beliau berkata pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian alkohol terhadap pemandu didapati negatif, manakala pemeriksaan saringan air kencing akan dijalankan," katanya.

Menurut beliau, terdapat sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenal pasti dipercayai turut terlibat dalam kemalangan tersebut.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Must Watch Video