awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut kemalangan jalan raya

Bernama
Bernama
17/04/2022
10:43 MYT
Anggota polis maut kemalangan jalan raya
Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip, petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, Jenjarom, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata ketika kejadian pada 4.45 petang itu, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, yang bertugas di Balai Polis Bukit Puchong, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dalam perjalanan pulang selepas siap bertugas pada 4 petang.
"Akibat perlanggaran itu, Muhamad Nazri dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Allahyarham yang telah berkhidmat selama sembilan tahun itu meninggalkan seorang isteri dan belum dikurniakan cahaya mata.
Abd Khalid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Cawangan Trafik dan ketika ini pemandu jip tersebut masih belum membuat laporan polis.
Beliau meminta saksi kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Langat Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mewakili seluruh warga kerja polis kontinjen Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#kemalangan
#Jalan Kampong Sri Cheeding
#jenjarom
#Polis Daerah Subang Jaya
#Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan