awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut langgar babi di Gerik

Bernama
Bernama
26/09/2019
06:42 MYT
Anggota polis maut langgar babi di Gerik
Mangsa Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang merupakan anggota Balai Polis Selat Pagar meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang anggota polis maut akibat melanggar seekor babi di Kilometer 50.3 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Padang Grus, Lenggong, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata mangsa Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang merupakan anggota Balai Polis Selat Pagar meninggal dunia di tempat kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang motosikal maut langgar babi lintas jalan
ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terbakar selepas langgar babi
Beliau berkata dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris sedang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terlanggar seekor binatang dipercayai babi yang melintas jalan secara tiba-tiba.
"Akibat perlanggaran itu mangsa hilang kawalan dan tercampak ke atas jalan dan pada masa sama dipercayai sebuah lori terlanggar dan menggilis mangsa.
"Pemandu lori tersebut telah melarikan diri dari tempat kejadian dan gagal dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Ismail Che Isa
#langgar babi
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan