Seorang Penolong Pegawai Penyiasat Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.
Dalam kejadian sekitar 4.40 petang itu, mangsa Muhammad Hanif Hassan, 24, yang berpangkat sarjan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa dalam perjalanan pulang dari Muar, Johor bagi menjalankan siasatan sebelum motosikalnya bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 35 tahun dan seorang kelindan berusia 32 tahun yang cuba membelok ke kanan jalan.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang membawa muatan buah kelapa sawit tiba di persimpangan tempat timbang sawit Hong Huei Trading Sdn Bhd telah membelok ke kanan.
“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR yang datang dari arah bertentangan kemudian melanggar bahagian tepi sebelah kiri lori tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Arshad berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dan pihak polis turut menahan pemandu lori berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut.
"Tangkapan dibuat dan polis akan memohon pihak mahkamah bagi perintah reman esok (11 Januari).
“Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jan 10 2020

Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Foto ihsan PDRM

Peralihan jawatan Presiden AS hanya tukar pemain, corak permainan masih sama - Hadi Awang
Abdul Hadi melihat Biden tetap meneruskan polisi yang sama, dengan perubahan mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi kebangkitan semula umat Islam.

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui

AWANI Ringkas: Faktor turun naik Indeks Persepsi Rasuah | FB catat untung semasa penularan COVID-19

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS). Ikuti saranan Pakar Ortopedik mengenai penyakit ini.

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mertua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mertuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS).

Rasuah | Jangkaan indeks persepsi rasuah 2020
Ketika negara berdepan isu politik, pertukaran kerajaan, isu kesihatan dan ekonomi, adakah indeks persepsi ini akan terus dapat kita pertingkatkan? Dan untuk bercakap mengenai perkara ini kita akan bersama, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar kerugian yang dialami mangsa adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini di Kontinjen Kedah.

Ayah M. Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.