Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar maut terkena tembakan ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan senjata api di bengkel senjata Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, semalam.
Mangsa, Abu Bakar Pander, 51, berasal dari Negeri Sembilan, bertugas sebagai Ketua Cawangan Persenjataan IPD Seri Alam, telah berkhidmat kira-kira 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata ketika kejadian antara pukul 6.30 hingga 6.50 pagi itu, mangsa sedang bertugas seorang diri.
"Dipercayai telah berlaku kemalangan di mana berlaku letusan peluru daripada senjata jenis pistol dan mengenai bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa disedari terbaring kaku di atas lantai tempat kejadian oleh seorang rakan setugas yang baharu tiba untuk menjalankan tugas kira-kira 7 pagi.
Katanya, hasil bedah siasat dijalankan pakar perubatan forensik di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru mendapati sebab kematian adalah 'gun shot wound through the heart'.
"Tiada sebarang kesan meragukan atau apa-apa kesan perbuatan jenayah oleh mana-mana pihak lain terhadap mangsa dalam kejadian ini," katanya.
Jokhiri berkata mangsa telah dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak, katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
Kemalangan berlaku di mana letusan peluru daripada pistol mengenai bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Anggota polis maut terkena tembakan ketika selenggara senjata api
Mangsa, Abu Bakar Pander, 51, berasal dari Negeri Sembilan, bertugas sebagai Ketua Cawangan Persenjataan IPD Seri Alam, telah berkhidmat kira-kira 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.