SERDANG: Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu pemandu yang positif dadah ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Seri Kembangan di sini pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.
Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan bersama unit kereta peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan tiga orang suspek di Jalan SP5/2 Taman Serdang Perdana di sini sekitar jam 5.30 pagi pada Sabtu.
"Hasil keputusan ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
"Ujian pernafasan kandungan alkohol terhadap suspek pula adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek pertama merupakan pemandu kereta adalah seorang lelaki berusia 29 yang mempunyai sebanyak 14 rekod jenayah dan dadah serta 16 kesalahan trafik.
"Suspek kedua merupakan seorang wanita berusia 24 tahu yang berada sama dalam kenderaan dan mempunyai tiga rekod lampau kes dadah.
"Suspek ketiga adalah pemilik kenderaan yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun, bekerja sebagai juruteknik dan mempunyai empat rekod kes jenayah," katanya.
Anbalangan berkata, mangsa sedang menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 26 Akta Polis serta Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Feb 05 2022
Ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin. - Gambar/ Sinar Harian
Mufti Sarawak terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024
Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.
GISB: Bekas pengikut akan dipanggil, bantu lengkap laporan sebelum bawa ke MKI
Bekas pengikut GISB akan dipanggil bagi membantu melengkapkan laporan berkaitan isu syarikat yang terpalit dengan dakwaan ajaran sesat itu.
ACLE: Cristiano Ronaldo terkena jangkitan virus, Al-Nassr tempang dalam aksi pertama
Al-Nassr, terpaksa mengetepikan Cristiano Ronaldo, menjelang pertemuan pertama menentang wakil Iraq, Al-Shorta, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
30 tahun dalam bidang seni, Pak Ya bakal jadi mutawif
Menurut Pak Ya, bidang yang ingin diceburi ini banyak menyedarkannya dan membantu dirinya sendiri supaya lebih dekat dengan Pencipta.
FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh".
Kajian berhubung isu pensijilan halal sedia dibentang Rabu ini - Mohd Na'im
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti.
AWANI Ringkas: Tuanku Muhriz kesal dan dukacita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong hadir sambutan kebangsaan bertemakan Malaysia Madani
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2024.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suspek cubaan bunuh Trump berjaya diberkas
Seorang lelaki telah ditahan di Palm City, Florida, berikutan cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump di padang golf miliknya di Palm Beach
Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lepas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Koperal polis cedera dilanggar mat rempit
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam.
Anggota polis cedera ketika cuba tahan suspek mabuk, gaduh di Lebuh Chulia
Seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan ketika cuba menahan seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan, di Lebuh Chulia.
Anggota polis parah dirempuh pemandu positif dadah
Dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.