awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

Anggota polis, tentera ditahan reman curi lembu dan kambing

Agensi
Agensi
01/12/2017
08:54 MYT
Anggota polis, tentera ditahan reman curi lembu dan kambing
Lapan individu termasuk anggota tentera dan polis ditahan polis kerana disyaki mencuri lembu serta kambing di Kampung Ulu Lakai, Simpang Durian di sini, semalam. - Gambar hiasan
Lapan individu termasuk empat anggota tentera dan seorang polis yang disyaki mencuri lembu serta kambing di Kampung Ulu Lakai, Simpang Durian di sini, awal pagi semalam ditahan reman selama tiga hari sehingga esok.
Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua lapan suspek itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi semalam selepas dikepung oleh penduduk kampung yang curiga dengan perbuatan mereka.
"Kesemua suspek yang berusia 29 hingga 54 tahun telah ditahan reman bermula semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, kesemua suspek disyaki telah menembak dua ekor lembu dan empat kambing milik penduduk kampung dengan menggunakan senapang patah serta pistol, sebelum melapah haiwan tersebut dan memasukkannya ke dalam dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux untuk dibawa keluar.
Semasa ditahan, pihak polis turut menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#Jelebu
#Kamarul Rizal Jenal
#kambing
#Kampung Ulu Lakai Simpang Durian
#lembu
#peluru hidup
#pistol
#polis
#senapang patah
#suspek
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.