awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid

Bernama
Bernama
08/06/2017
09:21 MYT
Anggota polis wajib sertai insurans berkelompok - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cek pampasan insurans kepada wakil keluarga anggota sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Polis ke-82 hari ini. Foto Bernama
Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diwajibkan menyertai insurans berkelompok mulai tahun depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polisi insurans berkenaan dilihat memberi manfaat kepada setiap pegawai dan anggota polis sekiranya sesuatu tidak diingini menimpa mereka.
Setakat ini hanya kira-kira 74,325 daripada lebih 120,000 anggota polis di seluruh negara menyertai insurans berkelompok.
"Ramai warga kita yang rugi, tidak mendapat pampasan bila sesuatu kecelakaan menimpa diri mereka. Jadi elok kita wajibkan semua mereka yang beruniform sertai insurans berkelompok ini.
"Insurans ini tidak membebankan yang mana hanya RM11 sebulan untuk satu unit dan ahli boleh mendapat manfaat melaluinya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-82 Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Khalid yang juga Yang Dipertua Koperasi (PDRM) Berhad turut mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2016 sebanyak 12 peratus iaitu 6.4 peratus atas modal yuran dan 5.6 peratus atas modal syer.
"Selepas jangka masa yang lama ini kadar dividen yang tinggi menunjukkan koperasi berada di landasan yang betul dan tepat," katanya.
Beliau berkata rekod kewangan koperasi kekal menunjukkan angka positif bagi 2016 yang mana keuntungan selepas cukai berjumlah RM46.97 juta.
Selain itu, beliau berkata koperasi PDRM Berhad berjaya menduduki tangga ke-tujuh antara 100 koperasi terbaik di Malaysia untuk 2016 dengan peningkatan tiga anak tangga dari tangga ke-10 pada 2015 manakala di peringkat Wilayah Persekutuan, koperasi berkenaan menduduki tangga kelima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#innsurans
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan