awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota sindiket perlombongan bitcoin disyaki rasuah pegawai TNB direman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/03/2022
10:02 MYT
Anggota sindiket perlombongan bitcoin disyaki rasuah pegawai TNB direman
Sumber berkata, ia dipercayai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana melakukan aktiviti mencuri elektrik. - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Enam lelaki direman empat hari bermula Selasa kerana disyaki memberi rasuah secara bulanan antara RM500 hingga RM15,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara dan Zon Selatan.
Sumber berkata, ia dipercayai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana melakukan aktiviti mencuri elektrik.
"Ia dipercayai membabitkan lima suspek bagi perlombongan bitcoin dan seorang operasi kilang kayu," katanya di sini, hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Kesemua mereka yang berumur antara 29 tahun hingga 67 tahun diberkas di beberapa lokasi di sekitar Perak, dalam Ops Power yang dijalankan SPRM pada Isnin.
Difahamkan jumlah keseluruhan wang rasuah yang telah diberikan kepada pegawai TNB itu ialah RM 153,500.
Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan kesemua suspek berkenaan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Curi Elektrik
#Bitcoin
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan