awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera cedera dipukul ketika perlawanan bola sepak

Bernama
Bernama
30/05/2024
09:00 MYT
Anggota tentera cedera dipukul ketika perlawanan bola sepak
Dalam video berdurasi 17 saat itu kelihatan berlaku insiden tolak-menolak dan tumbuk melibatkan sekumpulan lelaki di pekarangan luar stadium. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang anggota tentera cedera dipukul sekumpulan penyokong ketika perlawanan bola sepak di Stadium Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata ketika kejadian kira-kira 7.15 malam itu, mangsa yang berusia 26 tahun sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Unit Markas Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (MKPL) dan Pasukan Khas Laut (Paskal).
Beliau berkata mangsa mendakwa penyokong Paskal telah memukulnya kerana tidak berpuas hati dan menuduhnya menunjukkan isyarat lucah sedangkan dia tidak berbuat demikian.
"Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian muka, rusuk kanan, leher kiri dan kepala serta menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya mangsa telah membuat laporan polis pada Selasa lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.
Mohamed Nordin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohd Nazari Yaakob di talian 017-5729646 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota tentera dipukul
#Stadium Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia
#lumut
#polis Manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan