awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/12/2024
11:33 MYT
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Polis menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada Jumaat itu kira-kira jam 8.56 pagi, hari ini. - Gambar hiasan
GERIK: Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum, di sini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin manakala yang masih hilang dikenali Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada Jumaat itu kira-kira jam 8.56 pagi, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Jumaat semasa kedua-dua mangsa bersama tujuh lagi anggota lain menyeberangi Sungai Merah.
“Dua mangsa gagal menyeberangi sungai dan dihanyutkan oleh arus yang deras,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurutnya, seorang mangsa telah ditemui meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Anggota tentera
#Hutan Belum
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan