awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera maut, dua orang awam cedera dalam insiden tembakan di kedai 24 jam

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/05/2014
01:38 MYT
Anggota tentera maut, dua orang awam cedera dalam insiden tembakan di kedai 24 jam
Senior Asisten Komisioner Omar Mammah - Gambar Fail
Seorang anggota tentera dilaporkan mati tertembak manakala dua orang awam cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai serbaneka Gemilang 24 jam di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi Astro AWANI telah mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar 4:45 pagi tadi.
“Menurut saksi kejadian, insiden dipercayai berlaku selepas anggota tentera terbabit tidak dibenarkan memasuki kedai berkenaan.
“Suspek yang dipercayai seorang anggota tentera dikatakan tertembak rakannya dan dua pekerja kedai terbabit."
Pihak polis enggan mendedahkan apakah jenis senjata api yang digunakan dan siasatan kejadian masih dilakukan.
Mereka yang tercedera di bahu dan kaki telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan kini berada dalam keadaan stabil.
Menurut laoran Bernama, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.
Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.
Topic Berkaitan
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri
#Lahad Datu
#Senior Asisten Komisioner Omar Mammah
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan