awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera maut kereta terbabas dalam parit

Bernama
Bernama
10/04/2024
14:51 MYT
Anggota tentera maut kereta terbabas dalam parit
Andy Alie berkata mangsa John Ray Dohem disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang anggota tentera maut setelah kereta Proton Saga dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 9.6 Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini hari ini.
Ketua Bomba Zon 4 Sibu Andy Alie berkata mangsa John Ray Dohem, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.
Menurutnya, sebaik sahaja panggilan diterima pada 7.36 pagi, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah segera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Didapati sebuah kereta Proton Saga terbabas ke dalam parit di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman dan terdapat seorang mangsa telah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.46 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton Saga
#pihak polis
#lokasi kejadian
#Hospital Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan