awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera maut selepas terseret 30 meter di lorong motosikal

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2019
06:51 MYT
Anggota tentera maut selepas terseret 30 meter di lorong motosikal
Mohd Hider meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. -Astro AWANI
Seorang anggota tentera yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, pagi Jumaat.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa Koperal Mohd Hider Abu Hassan, 31 tahun yang bekerja di Kem Rejimen 509, Lebuhraya Peel meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terseret 30 meter di lorong motosikal.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC di lorong motosikal itu dilaporkan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tebing pembahagi jalan di lorong motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Setakat kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Che Zaimani Che Awang
#Kem Rejimen 509
#Lebuhraya Peel
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
#lorong motosikal
#Mohd Hider Abu Hassan
#pembahagi jalan
#Yamaha 135 LC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan