Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Angin baratan kencang dijangka melanda utara Semenanjung bermula esok

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan berlaku di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.
Penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di platform X memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang boleh membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terlibat.

Pada masa sama, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan rujukan kepada Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), bilangan titik panas masih kekal banyak di Kalimantan dan berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu serta jarak ketampakan rendah di barat Sarawak dalam tempoh ramalan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement