awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara dendam dan stres, guru kaunseling ditikam pelajar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/06/2019
14:39 MYT
Angkara dendam dan stres, guru kaunseling ditikam pelajar
Akibat dendam dan mengalami tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan lima bertindak menikam seorang guru kaunseling di sebuah sekolah di Banting, Selangor. -Gambar hiasan
Akibat dendam dan mengalami tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan lima bertindak menikam seorang guru kaunseling di sebuah sekolah di Banting, Selangor.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kejadian berlaku di bilik pembantu warden sekolah berkenaan pukul 8.25 malam, pada Ahad.
"Suspek telah masuk ke dalam bilik tersebut dan menunggu mangsa, 33, untuk masuk. Apabila mangsa masuk dan sedang membuka kasut, suspek bertindak menikam mangsa dan berlaku pergelutan.
"Mangsa ditikam beberapa kali di bahu sebelum suspek melarikan diri. Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Banting dengan sebilah pisau masih tertanam pada bahunya," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata suspek yang sepatutnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini telah ditangkap sejurus selepas itu.
"Motif kejadian adalah dendam terhadap mangsa dan stres," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#guru kaunseling
#pelajar tikam guru
#Seksyen 326
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan