KUALA LUMPUR : Angkara hutang, seorang warga emas maut selepas dipukul rakannya gara-gara enggan membayar hutang berjumlah RM250.
Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima Kepong pada pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, mangsa yang berusia 76 tahun itu telah dipukul rakannya yang berusia 63 tahun menggunakan kerusi plastik.
Mangsa bagaimanapun membalas serangan dengan menggunakan sebatang rod kabel.
Dalam pada itu, Beh memaklumkan insiden itu telah berjaya dileraikan oleh pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa kemudiannya didapati beredar selepas dileraikan anggota RELA yang berada berdekatan, namun rebah di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, sebelum meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya lagi, suspek juga telah ditahan sebaik sahaja membuat laporan di Balai Polis Kepong serta akan direman bermula Sabtu.
Sementara itu mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hilmi Malik
Fri Jan 27 2023
Mangsa rebah 100 meter dari lokasi kejadian sebaik sahaja pergaduhan dileraikan pasukan RELA. - Foto PDRM
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Video tular: Polis cari mangsa ragut
Ini susulan video tular di media sosial daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita diragut.
Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi
Kali terakhir runtuhan berlaku pada jam 10 malam dan mengenai kawasan pagar Institut Intergriti Malaysia (IIM).
Judi dalam talian: Polis tahan 21 individu termasuk tiga wanita
Polis menahan 21 individu warga tempatan disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan judi dalam talian di sebuah kondominium di Plaza Arkadia, Desa Park City, Ahad lepas.
Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.
Polis siasat hantaran Facebook kaitkan KBS dengan gerakan Kristian
Polis mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Che'Gubard Original yang mengaitkan KBS dengan gerakan Kristian Evangelist.
Tiga lelaki ditahan disyaki samun, cederakan guru wanita
Mangsa yang berusia 45 tahun telah ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan wayar oleh kesemua suspek yang menyamun rumahnya.
Pemandu, penumpang 'lalok' sebabkan nahas di Jalan Ipoh ditahan
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.
Angkara hutang RM250, warga emas maut dipukul
Angkara hutang, seorang warga emas maut selepas dipukul rakannya gara-gara enggan membayar hutang berjumlah RM250.
Pelakon popular didakwa di mahkamah pagi ini
Pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.