KOTA KINABALU: Angkara mengejar lipas, 'Oyen' terpaksa menanggung kesakitan selama hampir dua jam selepas tersangkut pada lubang dinding rumah dalam kejadian di Taman Sunny di sini pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, pemilik kucing berwarna jingga dan putih itu terpaksa menghubungi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.
Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.59 pagi.
"Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan leher kucing tersangkut pada dinding rumah dan difahamkan haiwan itu tersangkut selepas mengejar lipas sehingga ke lubang tersebut.
"Setelah menilai keadaan, pasukan kami mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah pengadu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin
Katanya lagi, susulan daripada itu operasi berjaya menyelamatkan kucing tersebut.
"Anggota juga bertindak melindungi kucing tersebut dengan selamat menggunakan selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu dan kucing itu berjaya diselamatkan selepas satu jam 45 minit terperangkap.
"Tiada sebarang kerosakan peralatan dan kecederaan terhadap anggota yang berlaku semasa di lokasi. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 1.30 petang," katanya.
Sebelum itu, Ezra berkata, kucing tersebut adalah haiwan yang sama yang pernah diselamatkan di rumah dan di lubang yang sama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 19 2024
Pasukan APM Kota Kinabalu bertindak memecahkan dinding untuk menyelamatkan Oyen yang tersangkut di Taman Sunny, Kota Kinabalu. - Gambar/ Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Angkara lipas, Oyen tersangkut pada lubang dinding
Angkara mengejar lipas, 'Oyen' terpaksa menanggung kesakitan selama hampir dua jam selepas tersangkut pada lubang dinding rumah dalam kejadian di Taman Sunny pada Sabtu lalu.