awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara wang, pembantu kedai makan maut ditikam isteri

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2018
21:22 MYT
Angkara wang, pembantu kedai makan maut ditikam isteri
Saravanan berkata, wanita berusia 38 tahun itu mengaku telah menikam dada suaminya dengan sebilah pisau di dapur rumah tumpangan di tingkat 1 bangunan dua tingkat berkenaan. - Foto Astro AWANI
Pertengkaran sepasang suami isteri warga Thailand berakhir tragedi apabila seorang suami maut ditikam isterinya dalam kejadian di sebuah rumah tumpangan, di Gat Lebuh Chulia, Pulau Pinang malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.18 malam Sabtu itu mangsa dikenali Suriya Kanchaiyaphum, 36 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai di jalan berkenaan dengan kesan tikaman di dada kiri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan V. Saravanan memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai bertengkar dengan isterinya bersabit masalah kewangan.
Saravanan berkata, wanita berusia 38 tahun itu mengaku telah menikam dada suaminya dengan sebilah pisau di dapur rumah tumpangan di tingkat 1 bangunan dua tingkat berkenaan. Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Tambahnya, dengan tertangkapnya wanita itu, kes itu dianggap selesai dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis turut merampas senjata yang digunakan semasa kejadian yang disembunyikan di dalam beg pinggang suspek.
Suspek kini ditahan reman dibawah kesalahan Akta Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Selain wanita itu, seramai 14 orang penghuni rumah tumpangan turut dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut. Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#bunuh
#Imigresen
#mangsa
#mati
#polis
#siasatan
#suspek
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan