HULU LANGAT: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) komited dalam menjayakan agenda Penghijauan Malaysia dengan menanam sejuta pokok menerusi Program Koperasi Prihatin Sejuta Pokok.
Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya melalui kerjasama koperasi dan rakan strategik Institut Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan merealisasikan agenda itu dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini.
"Melalui program ini, Angkasa sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan, mahu penglibatan jitu dan usaha kolektif 14,657 koperasi dengan keanggotaan 7.1 juta orang melaksanakan usaha penanaman pokok secara berterusan.
"Ini seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang melengkapi keperluan sosial manusia, ekonomi, pendidikan, kestabilan politik dan keprihatinan terhadap alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis prapelancaran Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang memperlihatkan penanaman 312 pokok hutan pelbagai spesies di tapak Hutan Simpan Sungai Lalang yang terosot berkeluasan setengah hektar, di sini hari ini.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Prof Datuk Dr Aishah Salleh yang turut hadir berkata program berkenaan amat penting kerana pokok dan ekosistem hutan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
"Bencana alam seperti banjir melanda dengan skala kemusnahan yang berbeza kerana lebih kerap berlaku dan membabitkan kawasan yang luas. Perubahan Iklim yang semakin memberikan kesan yang buruk mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.
"Justeru usaha penanaman pokok, pengekalan hutan dan penghutanan semula merupakan salah satu langkah untuk menangani kesan perubahan iklim dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko bencana alam," katanya.
Pada majlis itu, Aishah turut menanam pokok merbau yang merupakan pokok kebangsaan negara dan pokok ke-100 sebagai simbolik kepada sambutan 100 tahun gerakan koperasi.
Tapak Hutan Simpan Sungai Lalang juga merupakan kawasan kajian rintis UKM yang akan membuat pemantauan dan pengukuran karbon yang telah disimpan di dalam tanah selain rekod kemajuan dan tumbesaran pokok di kawasan hutan terosot.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah ketika menanam pokok pada Majlis Pra Pelancaran Penghijauan Malaysia Koperasi Prihatin Sejuta Pokok di Hutan Simpan Sungai Lalang, Hulu Langat hari ini. - Bernama
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.
Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.
Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.
Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.
Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.
Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa
Pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.
Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi Jumaat.