awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan AS, Iran di Istanbul dijangka buka laluan keamanan kekal di Asia Barat - Penganalisis
Had tempoh jawatan PM: Pinda perlembagaan, bukan sekadar akta biasa - Penganalisis
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8

Bernama
Bernama
18/10/2017
02:54 MYT
Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8
Anifah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-17 Majlis Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, Turki pada 19 Okt. -Gambar fail
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-17 Majlis Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, Turki pada 19 Okt.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.
Kenyataan itu berkata mesyuarat menteri itu akan didahului oleh Sesi ke-39 Suruhanjaya D-8 pada 17 dan 18 Okt diikuti dengan Sidang Kemuncak D-8 ke-9.
"Mesyuarat menteri akan membincangkan dan mengkaji kemajuan dan pencapaian perkongsian selama dua dekad dalam enam bidang utama iaitu perdagangan, kerjasama industri serta perusahaan kecil dan sederhana, pertanian dan keselamatan makanan, pengangkutan, tenaga dan mineral serta pelancongan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Majlis Menteri-menteri juga akan mempertimbang dan memuktamadkan dua dokumen iaitu Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan D-8 Istanbul untuk diterima pakai pada Sidang Kemuncak D-8.
Anifah dijadualkan menyampaikan satu kenyataan pada mesyuarat menteri pada 19 Okt dan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama.
Ditubuhkan pada 15 Jun 1997, D-8 adalah pertubuhan untuk kerjasama pembangunan yang terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#D-8
#Sidang Kemuncak D-8
#Suruhanjaya D-8
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan