awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah kunjungi dua pemimpin terkemuka Vatican semasa lawatan ke Holy See

Bernama
Bernama
10/05/2017
23:30 MYT
Anifah kunjungi dua pemimpin terkemuka Vatican semasa lawatan ke Holy See
Anifah (kanan) ketika melakukan kunjungan hormat ke atas dua pemimpin terkemuka Vatican sebagai sebahagian daripada lawatan sulungnya ke Holy See. -Foto BERNAMA
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Rabu melakukan kunjungan hormat ke atas dua pemimpin terkemuka Vatican sebagai sebahagian daripada lawatan sulungnya ke Holy See.
Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua pemimpin Vatican itu ialah Setiausaha Negara kepada Paus Yang Mulia Cardinal Pietro Parolin serta Setiausaha bagi Hubungan dengan Negara-negara, Yang Teramat Mulia Archbishop Paul Gallagher.
Semasa mengunjungi Cardinal Parolin, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara meliputi hubungan dua hala dengan tujuan ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.
"Yang Mulia juga membangkitkan beberapa isu serantau dan antarabangsa yang menimbulkan kebimbangan bersama seperti semenanjung Korea, Laut China Selatan serta isu Rohingya," kata kenyataan itu dan menambah kedua-dua pihak bersetuju bahawa isu-isu ini perlu diselesaikan melalui rundingan secara aman dan kesederhanaan.
Dalam pertemuan dengan Archbishop Gallagher, isu-isu yang dibangkitkan antaranya ialah kerjasama antarabangsa dan isu-isu global demi kepentingan bersama, dan Anifah mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan mengenai inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Malaysia bertujuan memupuk kesederhanaan sebagai aspek fundamental bagi menjamin keharmonian antara pelbagai komuniti agama.
"Kedua-dua pihak menyatakan hasrat untuk bekerjasama rapat mengenai pelbagai isu yang dibincangkan termasuk pendidikan dan dialog antara agama yang akan membantu memerangi ekstremisme," kata kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, mesyuarat itu ialah yang pertama antara kedua-dua pemimpin dan menyediakan saluran kepada kedua-dua pihak untuk meneroka kerjasama dua hala yang bermanfaat dan mewujudkan kerjasama dalam arena pelbagai hala ke arah keamanan dan kemakmuran.
Lawatan buat julung kali itu sejak Isnin lepas sehingga semalam juga menyaksikan pembukaan rasmi Kedutaan Malaysia ke Holy See.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Holy See
#kunjungan hormat
#lawatan
#Paul Gallagher
#pemimpin terkemuka Vatican
#Pietro Parolin
#Vatican City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan