Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sedang melakukan lawatan ke New York untuk melobi sokongan terhadap pencalonan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi sesi 2015-2016, daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Wisma Putra dalam satu kenyataan Isnin berkata Anifah turut disertai pegawai-pegawai kanan kementerian semasa lawatan mulai Isnin hingga 24 Mei.
Anifah dijadual mengadakan mengunjungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan Presiden sesi ke-68 Perhimpunan Agung PBB John Ashe untuk bertukar pandangan mengenai perkara kepentingan bersama.
Beliau juga akan memberi penerangan mengenai keutamaan Malaysia sekiranya negara dipilih menduduki kerusi berkenaan.
Menurut Wisma Putra, pada Rabu Anifah dijadual mengambil bahagian dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB mengenai sumbangan daripada negara Utara-Selatan, Selatan-Selatan, Kerjasama Segitiga dan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Informasi (ICT) bagi Pembangunan untuk Pelaksanaan Agenda Pembangunan Pasca 2015.
Pada hari sama, Anifah dijadual menyampaikan ucapan pembukaan di penal perbincangan mengenai memperkukuhkan Operasi Pengaman PBB di pejabat Wakil Tetap Malaysia di PBB.
Acara ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap aspek pelbagai dimensi operasi pengaman PBB.
Pada Khamis , Anifah akan menghoskan majlis sambutan di ibu pejabat PBB di New York dan merasmikan pameran foto mengenai Penglibatan Malaysia di PBB, menurut kenyataan itu.
Pada hari berikutnya, beliau akan menghadiri mesyuarat peringkat tinggi mengenai Mencapai Pembasmian Kemiskinan Melalui Guna Tenaga Penuh dan Pekerjaann Yang Baik untuk Semua dalam Agenda Pembangunan pasca 2015.
Wisma Putra berkata Anifah juga akan menghoskan beberapa siri majlis jamuan tengah hari untuk wakil tetap negara-negara anggota PBB untuk melobi sokongan negara terbabit terhadap pencalonan Malaysia.
Beliau juga akan mengadakan sesi taklimat kepada wakil-wakil tetap negara anggota Kumpulan Amerika Latin dan Caribbean (GRULAC); Kumpulan Afrika dan ahli-ahli Forum Kepulauan Pasifik (PIF).
Bernama
Mon May 19 2014
Anifah lobi sokongan pencalonan Malaysia duduki kerusi Majlis Keselamatan PBB
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Anifah lobi sokongan pencalonan Malaysia duduki kerusi Majlis Keselamatan PBB
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sedang melakukan lawatan ke New York untuk melobi sokongan terhadap pencalonan Malaysia dalam PBB.