NATIONAL
Anifah tak terkejut keputusan mahkamah batal kemenangan di Kimanis

Kemenangan Anifah pada PRU14 dibatalkan selepas mahkamah mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu. - Gambar fail
Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangannya di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.
Meskipun sedih, namun bekas menteri luar itu berkata beliau sudah menjangka keputusan tersebut kerana tiga hakim yang sama di mahkamah rayuan terdahulu, terlibat dalam penghakiman kali ini.
"Saya berada di mahkamah pagi ini dan terkejut melihat bahawa tiga ahli panel yang sebelum ini membenarkan rayuan Karim Bujang pada 18 November 2018, juga terlibat dalam keputusan rayuan saya.
"Mereka yang berada dalam panel rayuan terdahulu, telah menyatakan pendirian mengenai petisyen pilihan raya yang sama dan oleh itu (mereka) tidak neutral," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelas beliau, secara amalan tidak ada hakim Sabah akan memutuskan petisyen pilihan raya yang difailkan di Sabah, serta beberapa alasan rayuan yang dikemukakan hari ini juga berkaitan dengan keputusan panel yang terdahulu.
Anifah juga berkata, beliau akan kembali ke Kimanis untuk berbincang dengan penyokong mengenai tindakannya yang seterusnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami