awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Animasi tempatan kini bertaraf dunia - PM Tun Mahathir

Bernama
Bernama
09/12/2019
21:42 MYT
Animasi tempatan kini bertaraf dunia - PM Tun Mahathir
Dr Mahathir dan isteri bergambar dengan sebahagian pelakon alih suara filem animasi Ejen Ali The Movie ketika meluangkan masa menonton filem tersebut di GSC Pavillion malam tadi. BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan karya animasi tempatan yang dihasilkan kini bertaraf dunia.
Katanya rakyat Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian tersebut yang dihasilkan sendiri atas usaha penggiat seni animasi negara yang berbakat besar.
"(Karya animasi tempatan) Tidak nampak seperti dibuat di Malaysia. Nampak setaraf dengan teknologi dunia dan kita boleh berbangga kerana kita boleh keluar filem animasi yang setakat ini teknologi yang tinggi.
"Saya berpendapat bahawa ramai daripada orang kita cekap dalam buat lukisan dan animasi bermula dengan lukisan, karakter dan sebagainya dan untuk membuat cerita tak begitu mudah tambah pula kena ada 'background' muzik.
"Saya nampak yang ini semuanya lengkap. Daripada segi cerita, teknologi, muzik dan saya fikir ini boleh kata 'world standard'," katanya selepas menonton tayangan filem animasi 'Ejen Ali The Movie' malam tadi.
Beliau diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sebelum ini media melaporkan filem animasi Ejen Ali The Movie memungut RM13 juta selepas tujuh hari tayangan di 162 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ejen Ali The Movie turut mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta, pada hari pertama tayangan, 28 Nov lepas.
Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu mengisahkan Ali, budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi penyiasat bagi sebuah agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) dan Ali juga ditugaskan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#animasi
#bertaraf dunia
#Ejen Ali the Movie
#filem pecah panggung
#karya animasi tempatan
#lukisan
#Mahathir Mohamad
#pawagam
#penggiat seni
#Perdana Menteri
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan