awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk

Bernama
Bernama
05/02/2023
06:21 MYT
Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Penduduk kampung paling bimbang kemungkinan anjing liar bertindak lebih agresif dan menyerang manusia terutama kanak-kanak. - Bernama
JERTIH: Sebanyak 23 ekor biri-biri yang dipelihara penduduk di tiga kampung di sini mati dipercayai menjadi mangsa serangan anjing liar sehingga menimbulkan keresahan penternak selain turut dikhuatiri akan mengancam keselamatan orang ramai.
Mohd Aliff Mohd Ariffin, 34, dari Kampung Bukit Puteri berkata sebanyak 18 ekor anak biri-biri ternakannya mati selepas diserang kira-kira lima ekor anjing liar yang menceroboh masuk ke kawasan kandang biri-birinya pada waktu petang awal bulan ini.
"Kumpulan anjing liar itu menyerang biri-biri pelbagai peringkat umur termasuk yang dewasa...anjing liar itu hanya membunuh tetapi tidak memakan haiwan ternakan itu, ekoran kejadian itu saya terpaksa mengurung biri-biri yang lain di dalam kandang," katanya.
Mohd Aliff yang kerugian lebih RM5,000 berkata kejadian seumpama itu pertama kali dialaminya sejak dia menternak biri-biri tujuh tahun lepas dan akan melaporkan kejadian itu kepada Majlis Daerah Besut.
Seorang penduduk dari Kampung Pusu Tinggi Hassan Abdullah, 56, pula berkata tiga ekor biri-biri miliknya yang ditambat di tepi tali air di belakang rumahnya turut menjadi mangsa serangan anjing liar pada petang Rabu lepas.
"Semua biri-biri yang diserang 'nyawa-nyawa ikan' dan ada yang sempat disembelih dan saya tidak pasti sama ada anjing yang menyerang ternakan saya ialah anjing sama yang menyerang biri-biri Mohd Aliff, cuma yang pasti ia bergerak dalam kumpulan beberapa ekor dan tidak takut kepada manusia.
"Selain bimbang kejadian sama berulang, penduduk kampung paling bimbang kemungkinan anjing liar bertindak lebih agresif dan menyerang manusia terutama kanak-kanak," kata pesawah itu.
Dalam kejadian terbaharu pada 3 pagi tadi, seekor anak biri-biri milik seorang penduduk Kampung Tok Has nyaris menjadi mangsa serangan sekumpulan tiga ekor anjing liar yang kemudian disedari penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ternakan diserang
#anjir liar
#biri-biri
#Jertih
#penternak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan