BENTONG:Polis menahan 17 lelaki dan 13 wanita yang mengadakan parti liar di sebuah banglo di Bukit Tinggi, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, serbuan dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja bernilai RM3,750.
"Seramai 30 orang ditahan terdiri daripada 29 warga tempatan dan seorang warga asing berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 15 lelaki dan 10 wanita positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang wanita positif dadah jenis ketamin," katanya, di sini hari ini.
Menurut Zaiham, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigeresen.
Katanya, kesemua suspek juga direman sehingga 31 Disember bermula semalam untuk siasatan lanjut.
"Kesemua 29 warganegara tempatan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Peraturan-Peraturan) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kerana menjalankan aktiviti yang menyebabkan orang ramai hadir sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.
"Bagi warganegara asing pegawai penyiasat akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk dituduh di mahkamah," ujar beliau lagi.
Astro Awani
Sat Dec 26 2020

Daripada 30 orang yang ditahan, 29 merupakan warga tempatan sementara seorang lagi seorang warga asing berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun.

NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

AWANI Ringkas: Suspek rempuh kenderaan ditahan reman | Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN

AWANI Ringkas: Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh tol | COVID-19: 2,364 kes baharu, 10 kematian

COVID-19: Terus patuhi SOP sehingga imuniti kelompok tercapai - KP Kesihatan
Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai.

Agenda AWANI Asia : Vaksin COVID-19 : Jalan menuju imuniti kelompok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan membuka pintu kepada usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok sebagai jalan keluar daripada pandemik COVID-19. Dalam soal program vaksinasi dan pembangunannya, apa yang boleh kita belajar daripada negara lain terutamanya China?

Laporan Khas | Pasir, pembangunan atau kemusnahan?
17 Feb menyaksikan tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi Pasir Mas yang menyebabkan 45 keluarga terpaksa dipindahkan. Ada yang kata ia berpunca daripada aktiviti menyedut pasir di Sungai Kelantan. Namun setakat mana kebenaran ini? Ikuti laporan khas, pasir untuk pembangunan atau kemusnahan?

Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Lee berkata bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.

Vaksin Sinovac sama berkesan
Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,364 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,364 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892807/8967789641614429189700_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,364 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 298,315 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 27,028 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,320 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 270,166 kes. Sehingga kini, 190 kes positif sedang dirawat di ICU, 99 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 10 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,121 kes.

Vaksin COVID-19 | Radzi Jidin, empat guru terima suntikan
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bersama empat guru menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-bioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya. Empat guru tersebut merupakan antara 55,539 guru berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang tersenarai menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.

20 individu ditahan sertai pesta liar dan dadah di kondominium
Polis menahan 20 individu dalam serbuan di dua unit kondominium ketika mereka disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah.

42 individu dikompaun, polis serbu banglo anjur pesta hari jadi di Batu Feringghi
Dalam serbuan pukul 10 malam tadi, seramai 42 individu terdiri daripada 34 lelaki dan lapan wanita berusia 20 hingga 40an di tahan polis ketika leka berhibur.

17 ditahan anjur pesta liar di banglo
17 individu ditahan di sebuah rumah banglo di Kubang Kerian, di sini awal pagi tadi selepas didapati berpesta sambil menjamu dadah.

Empat pelajar sekolah menengah antara 21 ditahan sertai pesta liar
Mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.30 pagi.

11 individu hadiri pesta liar homestay di Masai ditahan
Polis menahan 11 warga tempatan termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana terlibat dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Parti liar: Guru mengaku tidak bersalah tuduhan miliki dadah
Farid Abdullah, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.

25 ditahan berpesta liar di kondo inap desa
Seramai 25 individu ditahan ketika sedang asyik berpesta dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di BM City dekat Bukit Mertajam pada Khamis.

Bini 'outstation', laki anjur pesta seks gay
Polis menamakan lelaki terbabit sebagai DS dan pesta liar itu diserbu selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada Ahad lalu.

Pelajar sekolah antara 46 ditahan sertai pesta liar di Taiping
Polis juga telah menahan seorang lelaki warga India yang mengaku sebagai penganjur dan penyewa premis terbabit.