Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 September 2026.

  1. Permohonan pengampunan Najib ditangguh ke mesyuarat akan datang

    Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

  2. PAU 2026: UMNO mahu PRU16 disegerakan - Ahmad Zahid

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO berhasrat mahu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disegerakan bagi membolehkan parti itu mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.

  3. PKR perlu kukuhkan pentadbiran Persekutuan, negeri - Anwar

    Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu perlu terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada rakyat.

  4. Nahas helikopter Ulu Baram: Bedah siasat mangsa selesai - Polis

    Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

  5. Anwar dijangka umum pembayaran interim Sarawak pada Hari Malaysia

    Beliau berkata perkara itu akan diperhalusi dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara serta pendekatan yang sesuai untuk Sarawak.

  6. 30 rakyat Malaysia ditahan, disyaki terlibat aktiviti penipuan di Pontianak, Indonesia

    Mereka yang terdiri daripada 22 lelaki dan lapan wanita, serta seorang lelaki warga Taiwan dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Pontianak untuk disoal siasat.

  7. Kerajaan setuju tingkat nisbah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Anwar

    Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  8. MA63: Teruskan perbincangan atas semangat keterbukaan, cari titik persamaan - Fadillah

    Perbincangan mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diteruskan berasaskan semangat keterbukaan, saling menghormati dan mencari titik persamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

  9. TH lancar Pelan Persediaan Haji - Seruan Istito'ah, bantu realisasikan impian tunai haji

    Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem kelayakan haji baharu yang membolehkan pendeposit secara automatik berada dalam giliran haji sebaik simpanan mereka mencapai baki minimum RM15,000.

  10. PRN Melaka: Siapa rakan BN? Rakyat tentukan - Ab Rauf

    Barisan Nasional (BN) bakal menawarkan formula “BN Plus” pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan rakan strategik terbaik bagi membentuk kerajaan negeri.

     

Must Watch Video

Advertisement