KAPIT: Aktiviti atau program pelancongan berbentuk alam semula jadi dan pengembaraan perlu dianjurkan dari Mei hingga Ogos untuk menarik ketibaan lebih ramai pelancong asing, kata Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ini kerana kebanyakan orang dewasa yang bekerja dan pelajar di hemisfera utara dan selatan bercuti dalam tempoh itu.
"Aktiviti pelancongan seperti safari berakit memerlukan pengembara yang berkemahiran untuk mengambil bahagian.
"Sekiranya kita dapat menganjurkan aktiviti sebegini dalam tempoh tersebut, kita akan dapat menarik ramai daripada mereka untuk datang," katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata demikian pada majlis penangguhan Safari Rakit Baleh-Kapit 2022 serta perasmian Bazar Gawai Dayak 2022 di Dataran Bandar Kapit malam tadi.
Nanta juga berkata Kapit yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan banyak sungai boleh menyumbang dalam membantu Sarawak mencapai sasarannya dalam menarik 1.2 juta pengunjung dan memperoleh RM3.2 bilion pendapatan daripada pelancongan.
Beliau berkata apa yang penting ialah menambah baik safari rakit Baleh-Kapit yang merupakan cetusan idea mendiang Tan Sri James Masing sejak 1996 agak menjadi lebih menarik dengan aktiviti sampingan yang mampu menarik pengunjung ke Kapit.
"Pelancongan berupaya menghidupkan ekonomi tempatan terutama selepas pandemik COVID-19.
"Dengan pembukaan sempadan dan aktiviti secara terbuka dibenarkan ketika kita menuju ke fasa endemik, kami berharap aktiviti ekonomi di Kapit akan meria seperti sebelum pandemik," katanya.
Nanta juga berkata kementeriannya akan menganjurkan Program Jualan Malaysia pada 21 dan 22 Mei secara serentak di Song serta Kapit.
Katanya ini akan membantu komuniti Dayak membuat persiapan bagi sambutan Hari Gawai pada 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Menurut Nanta, ini kerana kebanyakan orang dewasa yang bekerja dan pelajar di hemisfera utara dan selatan bercuti dalam tempoh itu. - Gambar fail/BERNAMA

Sukan SEA Hanoi: Sharmendran merintis perit demi hatrik emas kumite
R. Sharmendran mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas.

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Anjur pelancongan berbentuk pengembaraan dari Mei hingga Ogos di Kapit - Nanta
Menurut Nanta, ini kerana kebanyakan orang dewasa yang bekerja dan pelajar di hemisfera utara dan selatan bercuti dalam tempoh itu.

Pendapatan Genting dijangka kembali kukuh didorong pembukaan semula sempadan
Pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting.

Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Individu lengkap vaksinasi COVID-19 boleh lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Tujuh aktiviti pelancongan utama dibenar di Langkawi pada 16 September
Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi antara yang dibenarkan.

Pelancongan dalam negeri dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya bagi individu lengkap divaksin - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan tersebut melibatkan penetapan di homestay dan juga hotel.

Kenal pasti produk pelancongan baharu di Perlis - Lembaga Promosi
Ia sebagai langkah awal mempromosi produk pelancongan domestik sebelum kerajaan membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Orang ramai diseru melancong di kawasan setempat PKPB, PKPP
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Kerajaan setuju secara dasar luluskan permohonan MOTAC, SOP perlu diperincikan
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk meluluskan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuka aktiviti pelancongan termasuk aktiviti outdoor.