MELAKA: Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa menyangkal tuduhan bahawa ia telah gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang sehingga timbul cadangan untuk membubarkannya.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Katanya, pasukan itu tidak akan dibubarkan sebaliknya terus bekerja keras untuk memastikan harga barangan dapat dikawal seterusnya membantu rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
"Misalnya harga minyak masak turun 40 sen, harga ayam turun...rakyat tetap merasa (penurunan harga). Pasukan ini tidak akan dibubar, banyak lagi kerja kita. Hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah kuasa pasukan khas ini atau Kabinet, sebaliknya ditentukan jawatankuasanya sendiri (Jawatankuasa Dasar Monetari).
"Kabinet mahupun jawatankuasa kecil yang dibentuk Kabinet (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) tak boleh nak mengetepikan dasar monetari kerana ia ada undang-undang sendiri. OPR ditetapkan mengambil kira banyak faktor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan dan raptai sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir, di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin.
Tegas Annuar, jika harga barang meningkat kerajaan tidak berdiam diri sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.
Beliau berkata harga barangan dalam negara masih terkawal dan rendah jika dibandingkan negara jiran, hingga timbul masalah penyeludupan apabila harga barangan di Malaysia lebih murah.
Justeru, kerajaan akan terus meningkatkan kawalan di sempadan untuk memastikan barangan dari Malaysia tidak diseleweng ke negara jiran, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Annuar (kanan) menghadiri raptai Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan A' Famosa Banda Hilir, Melaka, malam tadi. --fotoBERNAMA
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir
Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.
Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-
Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.
Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.
Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.