ANTONIO Conte telah mengosongkan jawatannya di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain sambil penolong jurulatih, Cristian Stellini, akan bertindak sebagai pengurus sementara hingga akhir musim ini.
Conte -- yang dilaporkan tidak bercadang memperbaharui kontraknya yang akan berakhir hujung musim ini -- membidas pemain Spurs yang membazirkan kelebihan dua gol ketika diikat 3-3 oleh kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton, minggu lalu, dengan melabel pemainnya "mementingkan diri sendiri" selain mempersoalkan kekurangan kejayaan Tottenham dibawah Pengerusi, Daniel Levy.
Dia dilaporkan diminta oleh Levy dan ketua kelab untuk menjelaskan ulasannya mengenai '20 tahun mereka tidak pernah memenangi sesuatu' dan ia sebalik ditujukan kepada pemain, bukannya bosnya.
Tetapi kedudukan Conte nampaknya tidak lagi dapat dipertahankan dengan Spurs mengesahkan pemergian pengurus berbangsa Itali itu, sebentar tadi.
“Kami mengumumkan bahawa ketua jurulatih, Antonio Conte, telah meninggalkan kelab ini atas persetujuan bersama,” demikian satu kenyataan yang dikeluarkan Spurs.
"Kami mara ke Liga Juara-Juara (UCL) pada musim pertama Antonio di kelab ini.
"Kami berterima kasih kepada Antonio atas sumbangannya dan mendoakan kesejahteraannya pada masa depan.
"Cristian Stellini akan mengambil alih pasukan sebagai pemangku ketua jurulatih untuk baki musim ini di samping Ryan Mason yang akan menggalas tugas sebagai penolong ketua jurulatih." -- Stadium Astro
Astro Arena
Mon Mar 27 2023
Kedudukan Conte tidak lagi dapat dipertahankan dengan Spurs mengesahkan pemergian pengurus berbangsa Itali itu. - Stadium Astro
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Dua minggu lalu, Richarlison secara terbuka mempersoalkan mengenai minit permainannya yang terhad di sebalik prestasi buruk kelab itu.
EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte
Conte meninggalkan Spurs hujung minggu lalu selepas seminggu yang penuh spekulasi mengenai masa depannya.
Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
Antonio Conte mengosongkan jawatannya di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain.
Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
Ibrahimovic mempertahankan jurulatih yang memenangi pelbagai gelaran itu kerana menyatakan fikirannya di khalayak ramai.
Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Pengerusi kelab, Daniel Levy sedang pertimbang pecat pengurus Tottenham Hotspurs itu susulan kelancangannya mengkritik pemainnya.
Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte
Percubaan Spurs untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas sekali lagi kian goyah.
Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat - Conte
Spurs akan beraksi menentang Brentford pada Boxing Day, selang lapan hari selepas pemain mereka berjuang dalam final Piala Dunia.
Conte akur mustahil Son Heung-min kembali sebelum Piala Dunia Qatar
Susulan pembedahan akibat keretakan di sekitar mata kiri, Conte mengesahkan Son tidak akan mengambil bahagian dalam masa terdekat.
EPL: Conte bangga dengan cara Tottenham tewaskan Everton
Kecederaan yang dialami Richarlison menyaksikan Yves Bissouma dibawa masuk dan Spurs mengubah corak permainan mereka, membenam Everton.
'Tottenham, tolonglah kekal fokus'
Tottenham terus memperkukuh kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.