TOTTENHAM Hotspur perlu melakukan yang lebih baik untuk mengekalkan fokus selepas hampir dipaksa seri Eintracht Frankfurt yang beraksi 10 pemain sebelum menjinakkan kelab Bundesliga Jerman itu 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Tottenham Hotspur, London.
“Sejujurnya, saya merasakan pasukan berdepan situasi bahaya pada minit-minit akhir. Saya menjerit kepada para pemain supaya fokus kerana bagi kami kemenangan perlawanan ini sangat penting.
“Satu kerugian sekiranya gagal membawa pulang tiga mata, selepas segala yang kami lakukan sepanjang perlawanan, pasukan bermain sangat bagus dengan banyak kombinasi dan kami mencipta banyak peluang.
"Namun pada penghujung perlawanan, sebarang kemungkinan boleh berlaku dan atas sebab ini, ia perlu menjadi (pengajaran) yang besar untuk kami elakkan berulang pada masa dan fokus sehingga tamat,” kata pengurus Antonio Conte.
Dalam perlawanan Kumpulan D itu, Daichi Kamada terlebih dulu meletakkan Frankfurt mendahului pada minit ke-14, sebelum Son Heung-min menyamakan kedudukan di minit ke-20.
Harry Kane kemudian memulakan kebangkitan kelab London itu apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-28, diikuti jaringan Heung-min minit 36'.
Biarpun begitu Frankfurt terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kehilangan pemain pertahanan Tuta pada minit ke-59', selepas menerima kad kuning kedua.
Namun begitu anak buah Oliver Glasner yang tidak mengalah kembali mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan, selepas Kane terlepas satu lagi sepakan penalti, berjaya merapatkan kedudukan menerusi Faride Alidou pada minit ke-87.
Kemenangan di laman sendiri itu menyaksikan Tottenham terus memperkukuhkan kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Bagaimanapun kemarahan Conte tidak menular kepada Kane yang terlepas penalti apabila dia memuji permainan penyerang itu sepanjang perlawanan,
"Kami bercakap tentang seorang pemain yang sangat sukar untuk terlepas sepakan penalti, tambahan pula seorang penyerang. Saya juga fikir hari ini pada akhirnya dia benar-benar letih selepas banyak berlari dan bermain untuk pasukan.
"Paling penting dia menjaringkan gol dan ini adalah berita baik untuk kami, juga Heung-min. Sekarang, perlawanan ini berakhir dan (ia) kemenangan yang baik, kami mendahului kumpulan. Kami perlu fokus pada Liga Perdana kerana akan menghadapi perlawanan yang sukar menentang Everton," kata pengendali dari Itali itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022

Antonio Conte (kiri) dan Harry Kane pada sidang media sebelum perlawanan Liga Juara-juara antara Tottenham Hotspur dan Eintracht Frankfurt di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, Enfield, England, 11 Okt 2022. - Gambar fail AP

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Tottenham sahkan ACL tamatkan musim Rodrigo Bentancur
Pemain itu membuka jaringan dalam kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam perhitungan EPL Ahad lalu, sebelum kelihatan terhincut-hincut.

Levy akui silap percaturan beli pemain Tottenham
Spurs masih mengalami kemarau trofi walaupun membelanjakan lebih 500 juta pound sejak April 2019.

EPL: Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol tewaskan Spurs
Spurs memanfaatkan kerapuhan pertahanan City, mendahului menerusi jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal sebelum waktu rehat.

Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat - Conte
Spurs akan beraksi menentang Brentford pada Boxing Day, selang lapan hari selepas pemain mereka berjuang dalam final Piala Dunia.

Ten Hag puji persembahan sempurna Manchester United di sebalik Ronaldo buat perangai
United tampil hebat di hadapan penyokong sendiri apabila melancarkan 28 percubaan berbanding sembilan oleh Tottenham.

EPL: Conte bangga dengan cara Tottenham tewaskan Everton
Kecederaan yang dialami Richarlison menyaksikan Yves Bissouma dibawa masuk dan Spurs mengubah corak permainan mereka, membenam Everton.

'Tottenham, tolonglah kekal fokus'
Tottenham terus memperkukuh kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

UCL: Tottenham tidak sepatutnya kalah kepada Sporting, kata Conte
Conte percaya kekalahan itu satu peringatan buat pemainnya bahawa mereka tidak boleh lakukan banyak kesilapan dalam saingan UCL.

EPL: Conte yakin Son Heung-min akan tamatkan kemarau jaringan di Tottenham
Son musim lalu berkongsi Anugerah Kasut Emas bersama Mohamed Salah, tetapi musim ini masih belum menemui sebarang jaringan.

Marc Cucurella tekad kekal gaya rambut biarpun ditarik lawan
Cucurella terjatuh akibat kekasaran oleh Romero tetapi tiada tindakan diambil terhadap pertahanan Spurs itu.