awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah kebesaran negeri: 'Kalau ikutkan hati, nak tarik semua' - Tengku Abdullah

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
17/01/2018
07:26 MYT
Anugerah kebesaran negeri: 'Kalau ikutkan hati, nak tarik semua' - Tengku Abdullah
Titah baginda, semua penerima gelaran Datuk Seri dan Datuk dari Pahang sepatutnya sudah maklum akan syarat serta etika yang harus dipatuhi dalam pemakaian gelaran itu. - Foto BERNAMA
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan beberapa individu termasuk golongan artis yang dianugerahkan dengan darjah kebesaran Pahang terlibat dengan perbuatan yang melanggar undang-undang.
Titah baginda, semua penerima gelaran Datuk Seri dan Datuk dari Pahang sepatutnya sudah maklum akan syarat serta etika yang harus dipatuhi dalam pemakaian gelaran itu.
"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.
"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini," titah baginda
Baginda bertitah demikian selepas berangkat melawat mangsa kebakaran tiga buah rumah di Taman Sungai Isap Dua di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang semalam.
Sebelum ini, pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu.
Farid Kamil telah menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.
Tengku Abdullah bertitah, jika berlaku perlanggaran etika pemakaian darjah kebesaran itu, baginda menggesa supaya jawatankuasa yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Baginda juga tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.
"Kalau (mereka) sudah sedar dan pulangkan sendiri (darjah kebesaran) itu lebih bersopan. Kita bukan hendak menghukum mana-mana pihak tetapi mereka sendiri tersilap langkah," titah baginda.
Topic Berkaitan
#darjah kebesaran Pahang
#Datuk
#Datuk Seri
#dukacita
#golongan artis
#Pahang
#Pemangku Raja Pahang
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan