ANUGERAH Perhubungan Awam Malaysia atau lebih dikenali Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.
Bertemakan "The Art of...", anugerah ini bertujuan menonjol kreativiti, ekspresi, dan inovasi mereka dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi.
Penganjur MPRA dan Presiden Persatuan Hubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia), Prof. Mohd Said Bani C.M. Din berkata anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal profesion perhubungan awam dan komunikasi.
"MPRA menekankan kepentingan mengiktiraf pengamal bidang perhubungan awam dan komunikasi sebagai seorang yang berperanan penting dalam sesebuah organisasi.
"MPRA 2023 berhasrat untuk mendedahkan 'wira yang tidak didendang' dan yang sentiasa berada di sebalik tabir, seterusnya mengetengahkan mereka sebagai antara watak utama mampu mempengaruh persepsi golongan sasar dalam era transformatif ini. Inilah masanya kita mengangkat dan menobat mereka sebagai artis yang membawa perubahan dalam “The Art of Communications” katanya.
"Melalui tema ini, kita memberi tumpuan kepada sifat artistik dan kerja tangan teliti serta daya tarikan estetik yang amat diperlukan bagi pembangunan strategi komunikasi berkesan," katanya.
Selaras tema anugerah tahun ini, Said Bani menyatakan, MPRA meneruskan penghargaan dan memberi penghormatan kepada usaha tanpa henti pengamal perhubungan awam dan komunikasi.
"Penambahan bilangan kategori anugerah bagi tahun ini memberi ruang kepada lebih banyak hasil kerja pengamal profesion perhubungan awam dan komunikasi yang terbaik dalam industri mendapat perhatian sewajarnya. Merekalah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang secara konsisten, tahun demi tahun melakarkan nama baik organisasi masing-masing serta mengharungi pelbagai cabaran untuk menggunakan pendekatan yang inovatif," katanya.
Tambah beliau, MPRA terus berkembang untuk kekal relevan, melakukan penyesuaian dengan memainkan peranan dinamik, serta mengamalkan pelbagai metodologi baharu dalam komunikasi.
"Pada tahun 2023, kita telah menambah lebih banyak anugerah seiring peningkatan minat dan penyertaan dari pengamal in-house selain juga memperkenalkan anugerah “In-House Campaign of the Year.”
"Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan, kita telah mengadakan dua bengkel percuma bagi ahli PRCA yang berminat untuk mempelajari selok-belok penyediaan penyertaan yang berimpak dan mendapat perhatian juri. Usaha Ini menyebabkan PRCA menerima peningkatan penyertaan in-house sebanyak tiga kali ganda," katanya.
Lanjutan peningkatan signifikan penyertaan dari agensi perhubungan awam dan komunikasi dengan rekod 65 penyertaan yang layak.Panel juri menghadapi cabaran menilai penyertaan yang telah disenarai pendek kerana kualiti tahun ini sangat baik. Rata-rata pemarkahan adalah sekitar 70 hingga 80 peratus, dengan satu penyertaan cemerlang mencapai markah 91 peratus.
"Kami amat teruja kerana MPRA kali ini bakal menyampaikan 18 Anugerah Emas, 19 Anugerah Perak, dan 16 Anugerah Gangsa, selain Anugerah Campaign of the Year untuk kedua-dua kategori agensi dan in-house," kata Ketua Juri MPRA 2023 dan Setiausaha Kehormat PRCA, Stefanie Braukmann.
"Secara umumnya, kami adalah ‘komunikator’, namun tidak kira samada dari agensi mahupun pengamal in-house, kami semua juga pakar runding. Maka penyertaan kempen perhubungan awam dan komunikasi MPRA ini perlu mencerminkan kedua-dua aspek ini.
"Pertama, penyertaan perlu menarik perhatian para juri dengan penceritaan atau story telling yang meyakinkan. Akan tetapi, untuk benar-benar menonjol dan meraih anugerah, kami mencari penyertaan yang jalan penceritaannya melibatkan bagaimana kempen itu menyumbang kepada peningkatan prestasi perniagaan dan transformasi jenama, dan yang menunjukkan kebolehsuaian dalam landskap yang sentiasa berubah dan mencabar," katanya.
PRCA Malaysia telah menganjurkan MPRA setiap tahun sejak 2007. Melalui anugerah ini, PRCA Malaysia menyatakan komitmennya untuk memupuk keunggulan perhubungan awam, mengiktiraf kempen cemerlang organisasi dan agensi yang telah mencorak seni kerja perhubungan awam.
Harapan PRCA adalah untuk ahlinya bersatu demi matlamat bersama iaitu meningkat standard industri perhubungan awam dan komunikasi di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya.
PRCA Malaysia
Kenyataan Media
Fri Dec 01 2023
Said Bani berkata anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pengamal profesion perhubungan awam dan komunikasi.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.