Skip to main content

Malaysia

Anwar adakan perbincangan dengan PM Singapura Lawrence Wong

Anwar Ibrahim Lawrence Wong -- Bernama
Anwar dan Wong di Seri Negara. Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk "Ruang Merdeka: Galeri Khazanah". - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong yang dalam lawatan khas ke Malaysia.

Pertemuan itu berlangsung di Seri Negara di sini dan Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Wong.

Advertisement

Sebelum pertemuan empat mata mereka, kedua-dua pemimpin melawat beberapa galeri di bangunan bersejarah itu termasuk "Ruang Merdeka: Galeri Khazanah".

Turut hadir Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Dis lepas.

Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.

-- BERNAMA

Must Watch Video