NATIONAL
Anwar adakan pertemuan empat mata dengan Jokowi di Istana Bogor

Anwar tiba di Istana Bogor sempena lawatan rasmi ke Indonesia diiringi Presiden Republik Indonesia Joko Widodo. -Facebook
BOGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Bogor pada Isnin sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu yang masuk hari kedua hari ini.
Ketibaan beliau disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam program yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Indonesia Raya disusuli 19 das tembakan tanda penghormatan.
Kemudian, majlis diteruskan dengan Anwar dan Jokowi memperkenalkan delegasi negara masing-masing sebelum semua delegasi merakam gambar kenangan bersama.

Usia kebun raya Bogor sudah mencecah 205 tahun, sekali gus menjadi 'botanical garden' tertua di dunia.
Kebun Raya Bogor mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Majlis itu juga menyaksikan Anwar menanam pokok Merawan di halaman belakang Istana Bogor sebelum kedua-duanya bertukar buah fikiran di beranda Istana Bogor.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami